Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un. Salam takziah untuk M.Nasir dan keluarga 👇

Ibu penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir iaitu Aesah Yahya meninggal dunia hari ini akibat sakit tua.
Berita sedih itu dikongsikan isteri M Nasir, Datin Marlia Musa di media sosial.
“Bonda kesayangan kami, Hajjah Aesah Yahya baru sahaja meninggalkan kami ke negeri abadi,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.
Aesah berusia 88 tahun meninggal dunia di Singapura, kira-kira jam 4.15 petang 26 March 2023.
M Nasir adalah anak keempat daripada sembilan adik-beradik.
Menerusi tinjau di ruangan komen, ramai peminat dan rakan-rakan dalam dunia seni bagi artis yang popular dengan gelaran sifu itu mengucapkan takziah serta mendoakan M Nasir serta seluruh keluarga tabah menghadapi ujian itu.
Pada Januari 2021, M Nasir ditimpa dugaan apabila bapa tersayang, Mohamed Sam menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun akibat sakit tua.
Bagaimanapun, M Nasir tidak dapat hadir ke pengebumian arwah bapanya di Singapura, akibat sekatan perjalanan berikutan pandemik Covid-19.