10 tahun hilang, khabar anita sarawak ini mengejutkan rakyat Malaysia. Rupanya selama ini dia.. kakak anita sarawak bersuara



KUALA LUMPUR: Ia bagaikan doa yang dimakbulkan Allah apabila bintang veteran terkenal, Noor Kumalasari, 67, dapat berhubung semula dengan kakaknya yang juga penyanyi bertaraf superstar, Anita Sarawak, 71, pada 1 Syawal lalu.

Kebiasaannya Noor Kumalasari atau lebih mesra di sapa Noor dan keluarga akan berkumpul beramai-ramai di kediaman kakaknya, Noraini untuk berbual dengan Anita pada pagi Syawal, namun ia tidak berlaku sejak hampir 10 tahun lalu.

Menganggap Syawal tahun ini paling bermakna apabila menerima panggilan Anita atau lebih dikenali sebagai Kak Nita dari Las Vegas, hanya perkataan syukur dapat diungkapkan oleh bekas model, penyanyi dan pelakon popular era 1970-an dan 1980-an itu.

Sambil ketawa di hujung talian, penerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkongsi kegembiraan dengan BH.

"Sayalah insan paling gembira menyambut Syawal, tahun ini. Manakan tidak, panggilan yang dinantikan bertahun-tahun tentulah daripada Kak Nita.

"Kami akrab dan membesar bersama sejak kecil, jadi ikatan kekeluargaan tetap utuh biarpun arwah ibu bapa sudah tiada lagi.

"Memang saya sangat merindui Kak Nita. Inilah berkat bulan Syawal yang mulia apabila doa dimakbulkan Allah.

"Alhamdulillah, dapat juga saya berbual dengan Kak Nita, bergelak ketawa, usik mengusik dan berkongsi pelbagai cerita selama setengah jam," katanya kepada BH Online

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item