Baru seminggu kahwin, wanita menangis keletihan sebab dah terbiasa diuruskan ibunya sebelum berkahwin 😭

Tak dinafikan, alam rumah tangga memang banyak dugaan dan ragamnya. Lebih-lebih lagi buat mereka yang berkahwin usia muda, hidup terus berubah 360 darjah dibandingkan zaman bujang dahulu. Selain perlu belajar banyak perkara baru, ada yang terkena ‘kejutan budaya’ juga selepas tinggal sebumbung dengan pasangan.

Bermula hanya perkenalan di Instagram…pasangan muda nekad bawa hubungan ke jenjang pelamin

Begitulah juga kisah pasangan muda dari Indonesia yang tular baru-baru ini. Bermula hanya perkenalan di Instagram, pemuda bernama Baihaki ini tidak menyangka boleh ‘terkenan’ dengan gadis pilihannya iaitu Chami. Namun disebabkan faktor tempat tinggal masing-masing agak jauh, mereka memutuskan untuk bawa hubungan tersebut ke jenjang pelamin.

Baru seminggu jadi isteri, dah mengeluh penat…biasa bangun jam 11, semua mama uruskan

Namun hanya selepas seminggu berkahwin, Chami mengadu dirinya sangat letih sejak bergelar isteri orang. Mana tidaknya, sebelum ini serba serbi kehidupannya diuruskan oleh ibu sendiri. Di hujung video, Baihaki malah disuruh untuk sediakan makanan sendiri kerana dia mahu sambung berehat dan tidur.



Betul, awal-awal kahwin penat tak boleh bawa bincang…nangis sendiri, pujuk sendiri

Tanpa disangka-sangka, klip video tersebut telah menjadi tular di TikTok dengan meriah lebih 43 juta tontonan setakat ini. Di ruangan komen pula, rata-rata netizen wanita akui turut mengalami fasa tersebut sewaktu awal-awal bergelar isteri. Selain penat mengurus rumah, mereka juga akui terpaksa pujuk diri sendiri apabila tak diendahkan suami masing-masing.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item