"Kalau kurang tak dapat berikan kehidupan terbaik, makanan, aiskrim, permainan, penghawa dingin" ~Bekas isteri Sam BunkfaceArtikel penuh di bawah πŸ‘‡


Kini Sam Bunkface dan bekas isteri nya iaitu Aida Azira Hussin sedang dibicarakan di mahkamah berkaitan nafkah anak mereka iaitu Maleeq, yang kini berumur 6 tahun. 
Sebelum ini, Sam Bunkface membuat permohonan mahkamah agar nafkah anaknya sebanyak RM1300 dikurangkan atas beberapa sebab. 
Antara point yang diberikan oleh Sam Bunkface ialah, dia menjaga 2 minggu dalam sebulan anaknya itu. 
Selain itu, ketika di waktu bekas isterinya patut menjaga, Sam mendakwa anaknya telah dijaga oleh nenek kepada Aida di Melaka, bukannya dijaga oleh Aida sendiri yang berada di ibu kota. 

Ketika perbicaraan semalam, Aida ternyata tidak bersetuju dengan permohonan dari Sam Bunkface untuk mengurangkan nafkah sebanyak RM1300 tersebut. 
Kata Aida lagi, jika dikurang nafkah berkenaan, dia tak dapat memberi kehidupan yang baik untuk Maleeq. 
Aida juga berkata, dia mungkin akan mengurangkan perbelanjaan anaknya termasuklah bab makanan, aircond dan juga permainan jika dikurangkan nafkah berkenaan.  
“Jikalau nafkah itu dikurangkan saya terpaksa mengurangakn makanan dia, toys, dan juga ais krim. Selain itu tempat tinggal juga kena selesa, contohnya penghawa dingin yang saya kira melibatkan pembayaran bil.” 
“Kalau ianya dikurangkan dari jumlah RM1300 itu, kemungkinan saya tidak dapat berikan kehidupan yang lebih sempurna buat anak.” 
Aida menjawab sedemikian setelah ditanya oleh peguam yang mewakili Sam Bunkface ketika perbicaraan semalam. 
Jelas Aida lagi, nafkah sebanyak RM1300 itu juga digunakan untuk membayar keperluan anak mereka termasuklah insurans, perubatan dan juga makanan.  
Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Baharom, 35 tahun, telah hadir ke mahkamah bersama isteri barunya iaitu Eifa Ezrin. 
Bagi Sam Bunkface, dia hanya mahukan keadilan saja.  
“Harapan saya ialah keadilan akan diberikan. Saya cuma mencari keadilan dan dengan izin dari Illahi, pihak mahkamah yang mulia ini akan menentukannya.” 
Kes ini akan disambung pada bulan depan iaitu pada 26 Jun 2023.  
Sam Bunkface merupakan vokalis utama kumpulan Bunkface manakala Aida pula merupakan penerbit rancangan TV.  
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item