Terkini, berita sedih buat peminat pelakon veteran. Salam takziah buat Delimawati. lagi sedih bila terima pemergian ketika umrah 👇

Kuala Lumpur: Dalam tempoh kira-kira setahun, pelakon, Delimawati Ismail, 65, berdepan ujian berat apabila kehilangan dua anaknya.
Semalam, Delimawati yang kini berada di Makkah mengerjakan umrah kehilangan anak perempuannya, Sarah Jaafar, 43, yang meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang.
Terdahulu, pada 30 April tahun lalu, anak lelakinya, Zulfazli Jaafar meninggal dunia di Hospital Banting, Selangor.
Dalam pada menanggung kesedihan, Delimawati reda mendapat berita duka itu dan mendoakan roh anaknya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
"Selamat jalan anakku sayang. Kamu hantar ibu ke rumah Allah. Selepas lima hari kami di sini, kamu tinggalkan ibu buat selamanya. Betapa pilunya hati ibu mendapat berita Sarah dah tak ada Iagi," tulisnya di Instagram.
Delimawati berkata, kali terakhir Sarah yang dipanggil Ara itu meraikan hari jadinya ketika di lapangan terbang sebelum ini.
"Ibu kena reda dan kuatkan semangat ibu. Tak apalah anakku. Ibu doakan semoga Allah ampunkan dosa-dosamu dan digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman.
"Insya-Allah selagi ada hayat ibu, doa ibu tidak akan putus untuk Ara. Tunggu ibu di sana," tulisnya.
Sementara itu, seorang rakan Allahyarham berkongsi Sarah adalah seorang ahli perniagaan yang tidak kedekut ilmu.