Abang baju merah "Cameron" yg Lemp@ang Wanita dalam kereta Dah DIBERKAS POLIS!! Patut lah bahasa macam tu! korang tengok apa alasan dia! 👇 👇 👇




 Kuala Lumpur: Polis Perak menahan seorang lelaki yang dirakam memukul kepala seorang pemandu wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah, Perak, petang semalam.

Terdahulu tular satu video berdurasi 59 saat yang memaparkan seorang lelaki berbaju merah keluar daripada kereta PROTON Persona dipandunya dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi pemandu wanita serta memukul kepala mangsa.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, pemandu wanita berusia 24 tahun berkenaan dilemparkan kata-kata kesat oleh lelaki itu sebelum kepalanya dipukul.

Difahamkan lelaki itu sudah ditahan sebentar tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dikatakan akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item