Akhir Zaman. Wanita bangga tinggal ibu sendiri di stesen bas keseoranganš, Paling Sedih bila Ibu Sendiri Sudah...

Baru-baru ini, seorang wanita telah mengundang kritikan ramai kerana didakwa meninggalkan ibunya dengan sengaja di sebuah stesen bas, Melaka.
Satu video tular di TikTok memaparkan wanita itu sendiri bercerita dengan bangga situasi dirinya dan pasangan meninggalkan ibu mereka.
Tinggalkan ibu
Dalam video itu, wanita tersebut memberitahu dia bersama ibunya ke tandas di stesen bas manakala suaminya sedang menunggu di dalam van.
Saya nak masuk toilet, lepas itu saya nampak mak saya masuk toilet. Saya buka kasut kemudian saya kata dekat Hawa ‘Lari’. Kami pun lari.
Wanita itu mengatakan dirinya tidak tergamak untuk tinggalkan ibunya di tepi jalan dan memilih stesen bas sebagai lokasi yang baik.
Wanita itu juga berkata, pemanduan suaminya terganggu berikutan ibu dalam keadaan kecelaruan mental menyebabkan dia terpaksa meninggal ibu di stesen bas.
Video yang tular di media sosial itu telah mengundang kecaman yang hebat oleh warga net.

Ya Allah, tergamaknya nak buat ibu sampai macam tu sekali.
Kredit: TikTok | Twitter