Rakan-rakan jerit suruh pengantin ‘kiss’, netizen kata patut la Ustaz Wadi balik awal

[Video] Rakan-rakan jerit suruh pengantin ‘kiss’, netizen kata patut la Ustaz Wadi balik awal

Kemeriahan hari bahagia pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann masih dirasai dalam kalangan tetamu yang diundang ke majlis resepsi di sebuah resort terkemuka di Langkawi, pada Sabtu lalu.

Terbaharu, tular satu video memaparkan gelagat rakan artis iaitu Ain Edruce menjerit perkataan ‘kiss’ ketika Dini menyarungkan cincin kepada Janna meminta pasangan mempelai berciuman.

Rakaman tersebut dimuat naik oleh akaun @freakbellaz dalam aplikasi TikTok sehingga meraih 1.4 juta tontonan dalam kalangan netizen sejak semalam.

Rakan-rakan jerit ‘kiss’

Baru faham apa yang ustaz jelaskan

Ustaz mesti tak selesa

Ustaz duduk depan sekali

Terdahulu, segelintir netizen meluahkan rasa segan dengan berpendapat bahawa Janna sepatutnya lebih peka apabila mengundang agamawan apatah lagi tampil dengan busana pengantin yang tidak menutup aurat.

Susulan itu, pendakwah tersebut menjelaskan bahawa beliau meminta izin kepada ‘tuan rumah’ bagi meninggalkan majlis lebih awal selepas membaca doa serta mendengar ucapan daripada pasangan pengantin.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item