Alhamdulillah! Selebriti Terkenal Tanah Air Akhirnya Bebas Dari Hukuman Mat1 daripada Mengedar D@D@h!

[VIDEO] Bekas DJ Ismahalil bebas, terlepas hukuman mati
Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram, dua tahun lalu.
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Ismahalil, 50, berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Sebaik mendengar keputusan hakim, Ismahalil yang memakai baju T dan berkopiah putih, terjatuh ke bawah kerusi di kandang tertuduh.
Pengasas ‘Bapakku FM’ itu turut kelihatan menangis dan membuat sujud syukur .
Muhammad Jamil dalam penghakiman berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah dalam beg itu milik tertuduh.
Mahkamah berpendapat, pihak pendakwaan juga gagal membuktikan dadah itu dalam kawalan serta milikan Ismahalil kerana bilik berkenaan turut boleh diakses oleh orang lain termasuk krew stesen radio itu.
“Keterangan menunjukkan bukan tertuduh seorang yang boleh mengakses bilik berkenaan,” ujar Hakim Muhammad Jamil.
Pada 21 Februari tahun lalu, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
Pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sepanjang prosiding perbicaraan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Ismahalil diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.