Bila Giliran Shuib Sendiri Berjumpa Adik Miza Yg Mirip Siti Sarah, Ramai Terbeliak Mata Apa Yg Shuib Cakap pada Miza

Giliran Shuib jumpa
hantaran di TikTok, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Mokder berkongsi video yang memaparkan momen Shuib, 39, dan adik Miza bertentang mata di sebuah restoran.
Dalam pertemuan berharga itu, Shuib ditemani isterinya, Watie Hanifiah bersama anak-anak serta Raisuddin Hamzah
Cara Shuib pandang
Apa yang menarik perhatian warganet apabila Shuib menyebut perkataan ‘ibu’ ketika adik Miza masuk ke ruang makan dan matanya ‘tidak lari’ dari terus memandang.
Di ruangan komen, rata-rata peminat sebak melihat respon spontan pemilik nama Shahmira Muhammad yang rindu dengan arwah Siti Sarah.
Sebelum ini, Raisuddin sanggup meredah perjalanan selama tujuh jam bertemu seorang kanak-kanak seiras anak perempuan tunggalnya.
Terdahulu Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 2011, namun Allahyarham meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata Uwais lqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Kemudian, Shuib berkahwin dengan usahawan, Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu.
Sumber: TikTok