Satu Malaysia Terdiam Bila David Teo Sendiri Buka Mulut Isu Masyaasyitah Buka Tudung. Malu Besar Bila Org Bukan M3layu Sendiri Boleh..


Penampilan terkini penyanyi Masya Masyitah yang tidak lagi mengenakan tudung terus menjadi topik hangat bualan netizen di media sosial.

Kembali pada Tuhan

Masya Masyitah

Malah, isu tersebut turut menyorot perhatian penerbit dan pengarah popular, Datuk David Teo.

Menerusi hantaran di Instagram, David berkata ramai manusia hanya mengejar pahala di dunia, namun tidak ramai yang mencari bekalan untuk di akhirat.

Jelas David lagi, sekiranya iman seseorang itu berbolak balik, hendaklah kembali berpaut pada jalan Allah.

Ramai orang kerja pahala dunia tapi tak ramai orang kejar pahala akhirat.

Walaupun iman kita berbolak balik tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan.

Dalam masa sama, penerbit filem Mami Jarum itu turut mendoakan Masya agar mendapat hidayah Allah S.W.T.

Yang penting kita doakan dia semoga mendapat hidayah ke jalan-Nya.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji tindakan David yang memberi teguran kepada Masya meskipun mereka berlainan agama.

Terdahulu, Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik beberapa foto tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya pada Ahad.

Tindakan pelantun lagu Halimuman itu telah mendapat kecaman bertalu-talu daripada wargamaya sehingga ada yang sepakat untuk ‘unfollow’ penyanyi berusia 23 tahun itu di media sosial.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item