Giliran Enot Pula Buka Mulut! Jangan Suka-Suka Tuduh Macam Tu! Korang Tgk Apa Jawapan Enot Dikatakan Berkahwin Dgn Pengkid

http://www.siakapkeli.xyz/2023/08/giliran-enot-pula-buka-mulut-jangan.html
Terbaru, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah telah mempertanyakan semula dakwaan yang dia sudah ‘bersuamikan’ seorang pengkid seperti dakwaan sesetengah pihak terhadapnya.Masih tahu hukum agamaDia juga menegaskan masih tahu hukum agama dan sama sekali tidak memaafkan insan yang memaki hamun dengan mempermainkan nama arwah ibunya.“LILAHITAALA atas nama mak aku,aku tak pernah mngeluarkan statement berkahwin? Dan tok kadi mane plak yg bole nikah kan aku tu? Aku masih tau hukum agama! Jgn nak hukum aku mcm aku org kapir plak ye x tau apa2! Yg memaki hamun aku dlm dm dan mempermainkan nama arwah mak aku ingat aku x maafkan ko smpai bila2! Dosa aku dengan Allah aku bole mintak ampun tapi dosa korg dgn aku?” tulisnya.Isu melibatkan dua orang pelawak wanita senior, Enot dan juga Didie Alias nampaknya belum berkesudahan apabila masing-masing saling berbalas kenyataan di media.
Pilih diam kerana takut tercakap aib orang
Terdahulu, Enot telah mengeluarkan kenyataan di TikTok miliknya iaitu enot7812 yang seakan menjawab luahan yang dibuat rakan pelawak seperti disiarkan di Melodi.Dia juga memilih untuk berdiam diri kerana takut akan bercakap mengenai aib orang lain tanpa sedar serta ‘berterima kasih’ kepada semua yang memaki hamun tanpa mengetahui cerita sebenar daripadanya.
Sebelum ini, selebriti, Didie Alias telah menangis ketika ditemu ramah sewaktu ditanya perihal rakan baiknya yang juga pelawak wanita yang didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pengkid. Dia juga mengatakan sentiasa berdoa agar rakannya itu kembali ke pangkal jalan.
Sumber: TikTok enot7812Walaupun tidak dinyatakan secara jelas siapa individu yang dimaksudkan, ramai yang meneka bahawa pelawak wanita tersebut adalah Enot berdasarkan beberapa kenyataan yang merujuk kepada artis itu.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA