Pelakon Terkenal Terlalu Akrab Dgn Bapa Mertua Sampai Bangga Tidur Sekatil! Bila Sampai Kantoi Mcm Ni, Ini Jawapan Dia! Melampau

Hubungan terlalu akrab, Artis tak malu mengaku tidur sekatil dengan ibu bapa mentua
BERSTATUS menantu keluarga kaya, pelakon Nia Ramadhani secara terbuka mendedahkan mengenai layanan diterima daripada bapa dan ibu mentuanya di rumah.
Kata Nia, kehidupannya berubah drastik sejak berkahwin dengan usahawan Ardi Bakrie.
Seperti yang diketahui, latar belakang suami Nia iaitu Ardi bukan calang-calang kerana berasal daripada keluarga berada.
Nia Ramadhani bersama suami, anak-anak dan ibu bapa mentua.
Berbeza dengan drama sinetron, Nia mengakui ibu bapa mentuanya melayan dia begitu baik seperti anak sendiri.
Biarpun mungkin ramai beranggapan menjadi menantu kepada keluarga golongan elit akan menyukarkan Nia untuk menyesuaikan diri, namun perkara itu sama sekali tidak dilalui olehnya.
Malah, Nia mendedahkan dia sering tidur sekatil bersama ibu bapa mentua pada waktu siang.
Sebelum ini, Nia menerusi Instagram kerap berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.
Selain itu, dia juga sering berkongsi mengenai hobi, pemakanan dan kesihatan.