"Saya Langsung Tidak Sentuh... ", Lepas 3 Bulan Lahirkan Anak Kedua Emma Nekad Ambil Keputusan Ini Terkejut weh!

http://www.siakapkeli.xyz/2023/08/saya-langsung-tidak-sentuh-lepas-3.html
Baru 3 bulan lahirkn anak kedua, Emma nekad ambil keputusan ini.

Pelakon jelita, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mengakui tidak mudah buat dirinya untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan dua orang cahaya mata.
Jadi ‘crancky’ sebab tahan lapar
“Saya sudah lebih kurang tiga bulan bersalin cahaya mata kedua dan bukan sesuatu yang mudah sebenarnya untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.
“Malah, pada peringkat awal, saya langsung tidak menyentuh nasi. Tidak dinafikan menganggu mood sehinggakan saya menjadi ‘cranky’ kerana menahan lapar.
“Jadi, apabila ada yang kata saya, jalan itu lebih mudah buat saya tidak benar sama sekali. Selain bersenam, saya juga menahan lapar. Mungkin dulu saya tidak bersenam, namun metabolisma kini tidak sama,”ujarnya.
Tegas Emma, keputusannya untuk bersenam bukanlah kerana menerima tawaran lakonan, tetapi memikirkan akan tahap kesihatan sendiri, lebih-lebih dirinya sukar untuk menghilangkan lemak selepas bersalin.
“Seandainya tidak bersenam, lemak selepas bersalin itu menjadi tepu dan sukar untuk dikurangkan. Jadi, ambil masa juga sebenarnya.
“Saya berdiet dan bersenam bukan kerana tawaran berlakon semata-mata, sebaliknya atas faktor kesihatan juga. Bukan apa, semakin meningkat usia, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan. Jadi, tiada jalan pintas untuk kurus,”akuinya.
Sumber: Gempak (Asyikin Mayudin), Instagram @emma_maembongofficial, OMM
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA