"Saya Tanya Ada Berita Baik Ke?", Isteri Mangsa Nahas Pesawat Shah Alam Buka Cerita, Satu Malaysia Terkejut Besar Dgn Apa Yg Terjadi Allahu Akbar

Taufiq dan Suzana bersama empat cahaya mata mereka.

ISTERI kepada salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam reda dengan ujian yang menimpa keluarganya.

Akui masih sukar untuk mempercayai khabar duka itu, Suzana Paiman, 38, berkata dia dimaklumkan tentang insiden berkenaan menerusi panggilan telefon.

Untuk rekod Suzana adalah isteri kepada Allahyarham Muhammad Taufiq Mohd Zaki, 38, yang merupakan pegawai khas kepada Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun yang turut terkorban dalam nahas sama.

Bercakap kepada mStar, Suzana berkata dia masih berada di rumah memandangkan dua daripada empat anaknya berada dalam keadaan tidak sihat selepas dijangkiti influenza.

"Sekarang saya kat rumah lagi. Anak-anak tengah sakit, saya tak pegang telefon sejak dua, tiga hari ini. Dua anak saya dijangkiti influenza. Saya pun tak sihat. Suami pula ke Langkawi sejak Rabu petang.

"Suami pergi Langkawi untuk meeting kerajaan negeri. Saya memang tahu suami naik jet peribadi. Tadi salah seorang kawan rapat saya hubungi, tanya tentang kejadian itu. Masa tu saya cuba tenangkan diri... fikir mungkin bukan mereka kot.

"Kemudian sekitar pukul 5.15 petang, wakil pejabat Datuk Seri (Johari) hubungi saya. Jadi saya tanya, ada berita baik ke? Malangnya mereka kata semua tak baik. Di situ saya fahamlah. Mereka kata semua penumpang tak selamat," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Bangkai pesawat yang terhempas di Elmina.

Pesawat itu terhempas pada Khamis petang.

Menurut Suzana yang mendirikan rumah tangga dengan Taufiq pada tahun 2011, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya pada Rabu malam.

Katanya lagi, suaminya juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik memandangkan dia jarang berada di rumah kerana sibuk dengan urusan kerja.

"Sebenarnya dia 50-50 (berbolak-balik) untuk pergi ke sana sebab anak tak sihat. Tapi Datuk Seri memerlukan dia. Kali terakhir berhubung malam tadi (Rabu). Selepas dia dah habis mesyuarat, dia call, tanya anak-anak macam mana. Panggilan itu dalam pukul 10 malam.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item