"Shila Amzah Tak Perasan Ke? Ingat Aku Je Nampak Benda Tu, Rupanya 1 Msia Dah Nampak..", Ada Yg Pelik Ketika Majlis Resepsi Semalam! Malu Lah Ubai

 

shila ubai kahwin

Pasangan suami isteri, Shila Amzah dan Ubai sering mencuri perhatian warganet di media sosial terutama selepas mereka disatukan pada 4 Ogos lalu.

 

Dress ketat


Terbaru, Shila dan Ubai diraikan sekali lagi dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan pada Ahad di Forest Valley Hall, Cheras. Menerusi video yang dimuat naik, Shila mengenakan busana berona putih manakala Ubai menggayakan black tuxedo suit.

Namun, apa yang menjadi bualan ramai adalah dress dipakai oleh Shila yang dikatakan terlalu ketat. Rata-rata netizen menganggap baju itu tidak sesuai memandangkan tubuh badan penyanyi berumur 33 tahun agak berisi.

Patut ada bunga tangan

Shila baju putih

Shila baju ketat

Ada juga peminat yang menjelaskan teguran itu dibuat kerana Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah adalah seorang hijabis. Nampak tidak manis.

Meskipun begitu, wargamaya turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu selain menyifatkan Shila sudah bertemu dengan lelaki yang tepat.

Terdahulu, Shila selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang.

Pada majlis itu, Shila menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala hantaran dirahsiakan.

Sumber: Tiktok

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item