Tidak Sampai Sebulan DiLafaz Cerai, Shuhada Muat Naik Ucapan Mendoakan Rumah Tangga Hafidz Dan Athira, Rupanya Dlm diam..

 

Nurul Shuhada

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendoakan kebahagiaan buat aktor itu sekiranya dia mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya selepas ini.

                

Doa tidak diuji

Nurul Shuhada

Ketika ditemui OhBulan!, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berharap rumah tangga yang bakal dibina Hafidz tidak diuji sepertima mana rumah tangga mereka berdua.

Semoga Allah tidak duga rumah tangga mereka nanti seperti mana Allah duga rumah tangga saya dan dia (Hafidz).

Yang baik-baik untuk kalian berdua saya doakan, Insya-Allah. Be happy dan lihat juga saya happy.

Shuhada berkata demikian sejurus selesai prosiding lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, minggu lalu.

Terdahulu, Hafidz dikatakan bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dipercayai teman wanitanya bernama Athirah Yuhada.

Malah, sebelum ini Hafidz menjelaskan dia bakal mengulas mengenai status hubungan bersama Athirah selepas prosiding kes perceraian dengan Shuhada selesai.

Bagaimanapun, ketika ditemui sejurus prosiding lafaz cerai pada 27 Julai lalu, Hafidz enggan untuk mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

Pada 27 Julai lalu, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item