Kecoh dengan bunyi ngauman yang sangat dasyat !

Sejak kelmarin, kecoh di media sosial selepas beberapa individu mendakwa ada terdengar bunyi aneh yang dipercayai datang daripada langit.
Menurut beberapa hantaran yang tular, bunyi aneh yang kedengaran sekitar jam 1 hingga 3 pagi itu bukanlah daripada guruh mahupun objek lain, hingga mendatangkan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Ramai netizen tulis kat medsos dengar bunyi-bunyi pelik dari langit malam tadi.
Ada sesiapa lagi yang dengar? pic.twitter.com/HmHS0Qp0e8
Untuk rekod, sekitar tahun 2012, bunyi aneh seperti dengkuran dari kaki langit yang tidak diketahui puncanya pernah juga kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak hingga mengegarkan banyak kampung sekitar.
Insiden yang sama pernah terjadi di beberapa negara barat beberapa tahun yang lalu yang mana beberapa penduduk di Jerman, Amerika Syarikat dan Kanada melaporkan ada terdengar bunyi seperti tiupan trompet.
Bagaimanapun Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) berkata bunyi aneh itu adalah terhasil daripada fenomena alam yang biasa.
Sumber: Facebook / Tiktok